,

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010 anjuran Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) dengan kerjasama Jabatan Filologi Negara-negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia, Institute of Asian and African Studies, Moscow State University (MSU) akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya, Moscow, Russia.

Persatuan Mahasiswa Malaysia Sechenov (SMSA)


Persatuan Mahasiswa Malaysia Sechenov atau lebih dikenali dengan Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) ditubuhkan pada tahun 2006. Kami bertindak sebagai sebuah payung pertubuhan pelajar yang menyelia kebajikan semua mahasiswa Malaysia di I.M. Sechenov Moscow State Medical University (MSMU).

Persatuan ini dahulunya dikenali sebagai Moscow Student Association Malaysia (MMSA) dari tahun 2003 hingga tahun 2006. MMSA ketika itu masih lagi mewakili dua universiti di Moscow, iaitu: Moscow Medical Academy (MMA) dan Russian State Medical University (RSMU). Sejak tahun 2006, kedua-dua universiti mempunyai pertubuhan palajar masing-masing, iaitu; MMA yang diwakili oleh SMSA dan RSMU diwakili oleh RMSA. Pada tahun 2010, MMA telah dinaiktaraf seiring dengan perubahan pentadbiran dan nama akademi diubah menjadi 
I.M. Sechenov Moscow State Medical University (MSMU). Sekarang, SMSA Bertindak sebagai sebuah organisasi mahasiswa yang mewakili semua pelajar di Moscow State Medical University secara umumnya. Motto kami ialah:


"We care , We share , We dare"
(Kami peduli, Kami berkongsi, Kami berani)