,

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010 anjuran Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) dengan kerjasama Jabatan Filologi Negara-negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia, Institute of Asian and African Studies, Moscow State University (MSU) akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya, Moscow, Russia.

Aturcara Program




Majlis berwarna-warni akan diselitkan dengan pelbagai persembahan bertemakan nilai-nilai kemanusiaan seperti berikut:

Tentatif program:

1700-1730: Kehadiran semua penonton.
1730-1800: Menyambut kehadiran VIP dan persembahan silat
1800-1820: Ucapan-ucapan dan perasmian program.
1820-1855: Video pelancaran tabung derma rumah anak yatim “Rodnichok” dan Pementasan drama.
1855-1905: Persembahan Akustik 1
1905-1915: Pidato.
1915-1935: Persembahan wayang kulit.
1935-1945: Persembahan koir.
1945-1955: Persembahan Akustik 2
1955-2015: Tayangan Video.
2015-2035: Penyampaian Cenderamata dan cabutan bertuah.
2035-2100: Acara sambutan kedatangan Duta Besar Malaysia yang ke-12 ke Moscow
2100-2150: Makan malam.
2150-2200: Bersurai.

Sebarang perubahan pada tentatif akan dimaklumkan dalam blog ini.
Melalui persembahan-persembahan ini, pihak penganjur berharap untuk dapat mengungkapkan cebisan utama nilai kemanusiaan untuk tatapan dan hayatan bersama.