,

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010 anjuran Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) dengan kerjasama Jabatan Filologi Negara-negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia, Institute of Asian and African Studies, Moscow State University (MSU) akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya, Moscow, Russia.

Objektif


  1. Mengetengahkan dan memartabatkan variasi kebudayaan dan kesusasteraan negara Malaysia kepada masyarakat pada peringkat global selari dengan tema “Nilai-nilai Kemanusiaan”. Program ini akan dihadiri oleh pelajar-pelajar tempatan Russia sebagai peserta dan penonton.
  2. Menjalinkan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dari Malaysia dengan pelajar-pelajar tempatan di Moscow melalui aktiviti-aktiviti yang sememangnya melibatkan kedua-dua pihak secara langsung selari dengan gagasan “1Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  3. Membantu pelajar-pelajar Russia di Moscow terutama yang mempelajari bidang Bahasa Malaysia dan nusantara dalam mendalami kebudayaan dan kesusasteraan negara Malaysia.
  4. Menyambut kedatangan Dato’ Zainol Abidin Omar selaku Duta besar Malaysia yang ke-12 oleh para pelajar Malaysia yang sedang belajar di Moscow.
  5. Mengutip derma bantuan bagi rumah anak yatim.