,

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010 anjuran Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) dengan kerjasama Jabatan Filologi Negara-negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia, Institute of Asian and African Studies, Moscow State University (MSU) akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya, Moscow, Russia.

Jabatan Perdana Menteri


Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM) mula ditubuhkan pada tahun 1957 dengan mempunyai tiga bahagian iaitu, Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Bahagian Keselamatan dan Risikan serta Urusetia bagi Penasihat Ekonomi.Sehingga 2009, terdapat 52 buah jabatan/ agensi di bawah JPM iaitu 4 buah agensi yang bersifat Agensi Pusat, 37 buah jabatan/ agensi, 7 buah Suruhanjaya, dan 4 buah Badan Berkanun.

Pejabat Perdana Menteri (PPM) adalah salah satu agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri. PPM ditubuhkan bagi menyokong Y.A.B Perdana Menteri dalam mencapai misi dan visi berikut : 

Misi 
Untuk memastikan persekitaran yang efisien bagi YAB Perdana Menteri menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Objektif 
Menyediakan perkhidmatan yang cekap, teratur dan cepat dalam menjalankan urusan tugas dan kewajipan YAB Perdana Menteri.

Fungsi Jabatan Perdana Menteri ialah:
  • Menjalankan "staff functions" dan tugas-tugas mengenai bidang-bidang tertentu yang diarahkan oleh YAB Perdana Menteri 
  • Menguruskan rancangan kerja dan pengurusan pejabat, menyedia dan menyelaras penyediaan ucapan, kata-kata aluan dan lain-lain bentuk penyataan oleh YAB Perdana Menteri
  • Menjamin liputan media massa yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti YAB Perdana Menteri