,

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010 anjuran Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) dengan kerjasama Jabatan Filologi Negara-negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia, Institute of Asian and African Studies, Moscow State University (MSU) akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya, Moscow, Russia.

Isnin, Disember 13, 2010

Terima Kasih!

Syukur ke hadrat ilahi, Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan 2010 di Moscow, Russia telah berjaya berlangsung dengan selamatnya. Dengan ni, pihak penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dif-dif kehormat yang sanggup menghadairi majls ini.

Tidak dilupakan juga kepada semua hadirin yang terdiri daripada pelajar Russia dan Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan juga ducapkan kepada semua penaja, AJK dan peserta-peserta persembahan serta semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Pihak pengajur juga ingin meminta maaf atas sebarang kesilapan, kelemahan, cacat dan cela yang ada sepanjang program ini berlangsung.

Akhir kata, terima kasih dan jumpa lagi jika diizinkan!