,

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010 anjuran Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) dengan kerjasama Jabatan Filologi Negara-negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia, Institute of Asian and African Studies, Moscow State University (MSU) akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya, Moscow, Russia.

Isnin, Disember 13, 2010

Terima Kasih!

Syukur ke hadrat ilahi, Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan 2010 di Moscow, Russia telah berjaya berlangsung dengan selamatnya. Dengan ni, pihak penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dif-dif kehormat yang sanggup menghadairi majls ini.

Tidak dilupakan juga kepada semua hadirin yang terdiri daripada pelajar Russia dan Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan juga ducapkan kepada semua penaja, AJK dan peserta-peserta persembahan serta semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Pihak pengajur juga ingin meminta maaf atas sebarang kesilapan, kelemahan, cacat dan cela yang ada sepanjang program ini berlangsung.

Akhir kata, terima kasih dan jumpa lagi jika diizinkan!

Video Kemanusiaan

Tabung Derma'Rodnichok'

Sabtu, Disember 11, 2010

Mesej dari penganjur

Untuk mereka yang akan pergi ke Malam Apresiasi Muzikal Kemanusiaan esok, sila ambl perhatian:

  • Pakaian: Baju Kebangsaan (Baju melayu lengkap, BUKAN dengan jeans), atau baju tradisional anda atau baju kemeja.
  • Pengangkutan: 'Mashruds' (Van teksi) akan disediakan dari dan ke stesen metro 'Universitet', yang ditempah khas untuk acara ini dari 1430-1700 dan 1930-2300.
  • Makanan: Makanan yang akan disajikan di penghujung majlis, anda disarankan untuk makan terlebih dahulu sebelum datang ke majlis ini untuk mengelakkan kelaparan.
  • Tiket: Jangan lupa untuk membawa tiket bersama anda!
Jumpa anda di sana! Nikmati Malam ini!

Rabu, Disember 01, 2010

Rebat untuk Ahli KUMOSC

Bilangan tiket adalah terhad.
Untuk keterangan lanjut, lawati Laman Web Rasmi KUMOSC.