,

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010 anjuran Sechenov Malaysian Students Association (SMSA) dengan kerjasama Jabatan Filologi Negara-negara Asia Tenggara, Korea dan Mongolia, Institute of Asian and African Studies, Moscow State University (MSU) akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya, Moscow, Russia.

Isnin, Mac 01, 2010

Selamat Datang!

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan Moscow 2010

Program ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memartabatkan variasi kebudayaan dan kesusasteraan negara Malaysia kepada masyarakat pada peringkat global selari dengan tema “Nilai-nilai Kemanusiaan”. Program ini akan dihadiri oleh pelajar-pelajar tempatan Russia sebagai peserta dan penonton.

Pelbagai persembahan telah dirancang yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Moscow State Medical University (MSMU), pelajar-pelajar Russia yang sedang belajar di Moscow State University (MSU) dan Institute Practical Oriental Studies (IPOS) yang merupakan ahli-ahli Persatuan Nusantara Moscow. Dengan kerjasama ini, kami berharap hubungan antara pelajar-pelajar dari Malaysia dengan pelajar-pelajar tempatan di Moscow dapat dieratkan secara langsung selari dengan gagasan “1Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malam Muzikal Apresiasi Kemanusiaan 2010, Moscow, Russia akan diadakan pada hari Ahad, 12hb Disember 2010 di Hotel Universitetskaya.

Akhir kata, kami berharap agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya selari dengan tema dan objektif-objektifnya. Semoga program ini menjadi sebuah program yang dapat memartabatkan kebudayaan dan kesusasteraan negara Malaysia di bumi Moscow di samping menyatupadukan dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar Malaysia dan pelajar-pelajar Russia. Segala sokongan dan kerjasama daripada anda, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.